Tuntutan waris Sultan Sulu: Tubuh RCI siasat Tommy – Puad

0
2
PUTRAJAYA, 11 Feb -- Peguam Negara Tommy Thomas ketika hadir ke Mahkamah Rayuan hari ini. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

TINDAKAN Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyalahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta mempertahankan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman oleh waris Kesultanan Sulu tidak menghairankan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana Tommy Thomas pernah menyelamat Rafizi yang dihukum bersalah dan penjara 30 bulan.

Katanya, surat Tommy pada 2019 yang mengakui Malaysia kesal dan akan bayar balik tunggakan sebanyak RM48,000 telah dijadikan bukti utama di mahkamah timbang tara bahawa Malaysia mengaku salah.

“Dan inilah puncanya Malaysia kalah dan kena bayar RM66 bilion dan aset Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus bernilai AS$2 bilion mahu dirampas,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Mohd Puad turut mempersoalkan, tindakan Rafizi mempertahankan surat mengaku salah Tommy kerana hentikan bayaran RM5,300 setahun, apakah beliau mengiktiraf serangan Sultan Kiram terhadap Lahad Datu.

Berikutan itu, beliau menggesa kerajaan supaya tidak lagi menangguhkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Tommy Thomas.

“Ini kerana banyak isu termasuk surat pengakuan bersalah yang dibuat olehnya. Apa susah sangat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Rafizi mendakwa kegagalan dan kecuaian pentadbiran kerajaan yang diterajui Najib menjadi punca menyebabkan harta milik Petronas dan agensi lain terdedah tindakan sita.

Justeru, beliau akan membuat laporan polis terhadap Najib kerana didakwa cuai dalam kes berkaitan isu tuntutan waris Sultan Sulu kepada kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here