Itu kejutan bodoh, bukan ‘stand-up’ komedi

0
2

“ITU bukan ‘stand-up’ komedi, tetapi kejutan bodoh,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Beliau mengulas mengenai wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur, kelmarin.

Menurut pemimpin DAP itu, jika hendak buat kejutan, tidak perlu melibatkan agama, apatah lagi melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Tak kira agama apa, inikan pula buat benda yang tidak senonoh. Tiada tempat untuk perbuatan sebegitu di Malaysia! Di Malaysia kita ada ramai stand-up comedian yang amat berbakat.

“Kadang kala depa (mereka) pun buat lawak dan sinis pasai kaum dan agama, pasal orang politik, kerajaan, pembangkang malah pasal parti dan pemimpin parti saya. Nak joke pasal saya pun ok saja.

“Saya akan terus menyokong bakat-bakat stand-up komedi Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambah Sim, semua individu perlu ketawa, namun jangan sampai membuat perkara tidak senonoh melibatkan kaum dan agama.

“Ini probok-probok (provokasi) semua tak perlu. Jangan kerana seorang yang melampau semua jadi mangsa.

“Polis dan kerajaan pula kena adil dalam bab ini, yang hina agama, tak kira agama apa, sila ambil tindakan, jangan double standard.  Semoga benda ini jadi pengajaran kepada kita,” katanya.

Kelmarin polis menahan wanita yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Difahamkan, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada jam 10.45 malam.

Wanita berusia 28 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Julai bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial klip video memaparkan seorang wanita membuka pakaian dan tudung di hadapan penonton selepas mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here