Covid-19: 2,799 kes baharu, 8 kematian semalam

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lapan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,809 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian dilaporkan di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,799 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan dua kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,554,911 kes.

Selain itu, seramai 34,1078 individu atau 96.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,156 kes pula dirawat di hospital dan 41 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 26 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here