Undang-undang Anti Lompat Parti dilaksana hujung September

0
1
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

UNDANG-UNDANG Anti Lompat Parti dijangka mula dilaksanakan menjelang penghujung bulan September tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Undang-Undang Anti Lompat Parti itu akan diwartakan pada tempoh tersebut dan Rang Undang-Undang (RUU) bagi akta terbabit sedia dibentangkan pada hari pertama persidangan Parlimen pada 18 Julai ini.

“Undang-undang itu sedia untuk dibentangkan. Saya mempunyai jadual garis masa (berhubung perkara itu) dan ia akan dibentang pada 18 Julai ini,” katanya seperti dilapor daripada The Borneo Post.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, beliau akan memberi masa kepada ahli-ahli Parlimen untuk mengkaji versi RUU berkenaan termasuk skop dan parameternya.

Menurutnya, beliau bersedia untuk membahaskan mengenai RUU tersebut dan yakin bahawa perbahasan itu akan dibahaskan dengan jayanya serta diluluskan di Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here