Bekas pemain Harimau Malaya ditahan disyaki miliki syabu

0
2
Polis

SEORANG bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine, di Johor Bahru semalam.

Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Difahamkan, suspek, 36, berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Suspek yang juga merupakan anak bekas pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara tahun 2009 hingga 2017.

Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here