Pantau bantuan mangsa banjir di Baling, pastikan tidak lewat – PM

0
1

KERAJAAN sedang memantau pelaksanaan bantuan yang diumumkan sebelum ini kepada mangsa banjir di Baling, Kedah terutama bantuan baik pulih rumah yang terjejas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemantauan itu bagi memastikan tidak berlaku kelewatan khususnya bantuan membabitkan pembaikan rumah.

“Selepas banjir berlaku petang itu (4 Julai), pagi esoknya (5 Julai) kita umum beri bantuan tunai kepada mereka (mangsa), tetapi yang penting adalah rumah, apabila roboh perlu disegerakan dari segi pembinaan baharu atau baik pulih rumah.

“Tempat tinggal itu yang paling penting, selain bantuan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Pada 5 Julai lalu, Ismail Sabri mengumumkan pemberian bantuan awal kepada kira-kira 1,490 mangsa banjir membabitkan 112 ketua isi rumah (KIR) membabitkan bantuan awal berbentuk wang ihsan RM1,000, bantuan barangan keperluan asas berjumlah RM2,500, bantuan barangan elektrik sebanyak RM500 serta pembaikan rumah.

Dalam kejadian kepala air Isnin lalu, sebanyak 12 kampung terjejas dan ditenggelami arus deras berikutan hujan le hampir tiga jam bermula jam 2 petang.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Iboi, Kampung Lata Celak, Kampung Padang Empang, Kampung Bukit Iboi, Kampung Masjid Iboi, Kampung Bendang Padang, Kampung Bendang Bechah, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Bukit Tinggi, Klinik Kampung Pisang dan Kampung Sadik. – Malaysiapost

Kredit Foto: The Sun Daily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here