Aliran trafik hala ke timur, utara lancar

0
1

ALIRAN trafik menghala ke timur dan utara lancar dilaporkan lancar setakat pagi tadi.

Pergerakan trafik lancar laluan keluar dari Lembah Klang susulan warga kota telah pulang ke kamlung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapan di Twitter, berkata beberapa lebuhraya utama termasuk di sekitar plaza tol masih dalam keadaan lancar dan terkawal.

Sebelum ini, Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari sempena cuti perayaan Aidiladha.

Sementara itu, Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak dan 704,000 di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) kali ini sempena Aidiladha. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here