Deretan unit kedai terbakar malam raya

0
1

LAPAN deretan kedai di Jalan Hiliran di Kuala Terengganu, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam itu membabitkan kedai menjual pakaian dan basikal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid, berkata, empat jentera bersama sepasukan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Katanya, sebaik tiba di lokasi api sedang marak membakar deretan kedai terbabit sebelum usaha mengawal kebakaran segera dijalankan.

“Anggota bomba mengambil tempoh kira-kira 30 minit bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya tidak lama kemudian.

“Kebakaran membabitkan kedai aksesori, kedai basikal, pakaian dan mainan kanak-kanak. Terdapat lapan pintu di sini, tetapi ia mempunyai banyak lot membabitkan lapan pemilik dan kita sedang mengumpul maklumat,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau berkata, semua premis itu mengalami kerosakan antara 30 hingga 100 peratus.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa akibat kebakaran ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here