Shinzo Abe meninggal dunia

0
1

Bekas Perdana Menteri Shinzo Abe dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.03 petang (waktu tempatan) selepas ditembak di bandar Nara, barat Jepun hari ini.

Agensi berita Jepun, NHK melaporkan, berita sedih itu disahkan oleh seorang sumber parti Demokratik Liberal (LDP).

Terdahulu Abe ditembak ketika berucap di bandar Nara, Jepun, hari ini.

Stesen penyiaran NHK melaporkan, Abe rebah dalam keadaan berdarah dan terus dikejarkan ke hospital berdekatan.

Bekas pemimpin itu sedang menyampaikan ucapan pada satu acara menjelang pilihan raya, apabila bunyi tembakan jelas kedengaran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here