Jawatan TPM: Annuar Musa kena jawab persoalan, tuntutan Bersatu

0
1

“KETIKA Perdana Menteri dan orang lain sibuk uruskan inflasi, Muhyiddin Yassin dan puak-puak dia sibuk nak tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan nakkan kouta menteri.

Rakyat tengah susah dan tak ada selera nak makan, geng Bersatu ni pulak bernafsu besar nakkan jawatan. Sebelum ni sibuk kononnya berjuang untuk rakyat tapi sebenarnya mereka main wayang. Berjuang untuk kepentingan sendiri.

Muhyiddin dan geng Bersatu dia duduk tuntut janji dengan PM. Kononnya mereka ada buat perjanjian politik. Ntah betul ntah tidak ada perjanjian itu.

Si Wan Saiful (Wan Jan) pun rancak duduk ratib pasal perjanjian itu. Ada dapat habuan ke nanti? Nampak bersungguh sangat buat tuntutan. Siap petik nama Tan Sri Annuar Musa lagi sebagai saksi perjanjian.

Wan Saiful ni kononnya ‘think tank’ IDEAS dan penuh idea bernas. Dia dulu berkiblatkan PAS tapi bila tak boleh cari makan dengan parti itu, dia lompat masuk Bersatu dan jadi pakar strategis Bersatu.

Tapi nampaknya idea-idea pun tak bernas mana pun sebab Bersatu kalah teruk dalam dua PRN sebelum ini.

Saya sebagai Ketua Bahagian pun tak pernah diberitahu oleh kepimpinan parti termasuk Naib Presiden pasal adanya perjanjian politik itu.

Kalaulah betul ada perjanjian politik antara Naib Presiden Umno (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Bersatu, pastinya beliau akan maklumkan kepada pihak parti dan parti akan beritahu kepada pemimpin Bahagian serta akar umbi.

Tapi tak tahulah takut ada perjanjian politik yang dibuat di luar konteks parti. Mungkin bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang namanya dipetik oleh Ketua Penerangan Bersatu itu boleh berikan penjelasan lebih lanjut.

Sebab sebelum ini Annuar suka jadi jurucakap kepada Bersatu dan suka jaja cerita dalaman Umno pasal Zahid-Anwar dan SD. Jadi eloklah Annuar bercakap pasal isu perjanjian ini sebab dia ni saksi hidup.

Ahli akar umbi Umno pastinya nak tahu intipati perjanjian itu. Adakah ia memberi manfaat kepada parti dan rakyat atau hanya beri keuntungan kepada pihak tertentu saja.

Orang Umno pastinya nak tahu perjanjian itu dibuat atas dasar parti atau peribadi? Sebab kalau atas nama parti, seluruh kepimpinan dan ahli Umno perlu dimaklumkan mengenai butiran itu.

Jadi kita tunggu sajalah apa yang Annuar dan mungkin menteri-menteri Umno dalam kerajaan dapat berikan pencerahan supaya tak timbul keraguan.

Berbalik kepada Muhyiddin dan puak Bersatu ini, mereka tak habis-habis beri tekanan dan ugut PM. Kononnya merekalah hebat sebab berjaya letakkan PM di jawatan no 1, padahal bukan mereka saja yang beri sokongan kepada PM. MP Umno pun berikan sokongan juga tapi tak adalah kemaruk sangat nak kejar jawatan. Umno cuma nakkan Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan segera.

Mungkin Muhyiddin cuba menyelamatkan Bersatu yang ketika ini teramat goyah dan di ambang perpecahan.

Mungkin Muhyiddin mahu gunakan kedudukan TPM dan kouta menteri untuk beli jiwa pemimpin-pemimpin dia yang sedang bertelagah dan ada yang mahu lompat keluar Bersatu.

Muhyiddin tahu jangka hayat Bersatu sudah tak lama. Dia tahu selepas PRU15 nanti Bersatu akan berkubur dan namanya hanya tinggal dalam lipatan sejarah atau hanya ada dalam Wikipedia saja macam Semangat 46. Itu pun kalau ada orang nak cari lagi pasal Bersatu dalam Internet nanti

Tak dinafikan sudah ada ura-ura beberapa orang MP Bersatu nak lompat parti sebelum atau selepas PRU15 nanti. Sebab itulah mereka cuba nak sabotaj atau nak gagalkan penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Mereka takut bila dah ada Akta Anti Lompat Parti, si katak-katak ini tak boleh lagi cari kolam baru untuk cari makan bila Bersatu tumbang pada PRU15 nanti.

Bersatu sudah lumpuh di Sarawak apabila MP Bersatu di sana dah lompat bersama Zuraidah dan ada MP di Sabah buat PC umum dah lompat keluar parti tapi SUA Bersatu jawab dia belum terima surat lagi. Perangai MP Bersatu ni patut menjadi bahan majalah lawak Gila-Gila kalau majalah tu masih wujud lagilah. Macam kartun!

Masyaallah! Sebab itulah saya tak pernah percaya katak Bersatu ini dan rakan satu belangnya PAS. Memang patut pun UMNO batalkan kerjasama Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang mana Bersatu dan PAS mahu menjadi parti teras.

Kalau buat janji dengan Bersatu pasti kemudian mereka mungkir macam perjanjian di PRN Sabah .

Muhyiddin pula walaupun anak guru agama tapi penuh hipokrit. Kalau nak sokong orang, dia buat perjanjian sulit dan rahsiakan berbulan-bulan dari rakyat.

Lagi satu perangai Muhyiddin, kalau nak kejar jawatan, dia suka runding di sebalik tabir dan cilok dari belakang. Itulah sebabnya selepas tak jadi PM dia jarang nampak di khalayak ramai sebab dia menyorok belakang tabir buat perancangan baru.

Perangai tamakkan jawatan dan pentingkan diri ini pun bukan untuk kepentingan rakyat. Nak jawatan TPM tapi calon tak ada kelayakan. Yang seorang ada isu dengan video dan seorang lagi cari gaduh dengan peminat bola negara.

Saya agaklah mungkin niat sebenar Muhyiddin dan puak Bersatu desak nak jawatan TPM itu semata-mata nak buat plan untuk sondol PM ikut pintu belakang, macam dia sondol Tun M dan naik jd PM sebelum ini.”

Datuk Nur Jazlan Mohamed

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor merangkap Ketua Umno bahagian Pulai

(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here