Lebih 4,000 kes baharu Covid-19 semalam

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu Covid-19 melonjak ke angka 4,020 kes semalam berbanding 3,552 kes kelmarin.

Sembilan daripadanya melibatkan kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,586,332 kes.

Sementara itu tiga kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, dua daripadanya kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID).

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,795 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 36,138.

Seramai 36,065 individu atau 97 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 26 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,184 kes pula dirawat di hospital dan 50 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 23 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here