Dua beranak maut dalam kebakaran rumah

0
1

DUA beranak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Cherana Puteh, Kampung Cherana Puteh, Alor Gajah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi dan mangsa yang maut sebagai Allahudin Abdul Hamid, 51, dan anak lelakinya Muhamad Badrol, yang berusia lima tahun.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Yusof, berkata Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan jam 1.56 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dan sembilan anggota ke lokasi kejadian terletak 13 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah.

“Ketika tiba, kita didapati kebakaran memusnahkan 70 peratus rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 50 kaki persegi itu dan orang awam memaklumkan terdapat dua mangsa di dalamnya.

“Pasukan bomba kemudian berjaya menemukan dua mangsa iaitu seorang lelaki di dalam bilik air dan anak lelakinya berusia lima tahun di bilik tidur utama,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebaik operasi tamat pada jam 5.19 pagi tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here