Guru pondok Kelantan tolak fahaman wahabi, liberalisme dan pluralisme

0
1

IJTIMAK guru-guru pondok Kelantan sebulat suara menolak ajaran wahabi di negeri itu yang jelas bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah (ASWJ).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, resolusi ijtimak guru-guru pondok negeri Kelantan bagi tahun 2022 ajaran Wahabi
dibawa oleh sesetengah pihak adalah jelas bercanggah dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan

“Hasil muzakarah ulamak negeri Kelantan menegaskan bahawa ajaran Wahabi jelas bercanggah dengan pegangan ASWJ (Asya’irah dan Maturidiah) dan ianya juga bertentangan dengan mazhab muktabar dalam bab feqah.
Penyelewengan ajaran Wahabi adalah pada sudut akidah, feqah dan tasawuf.

“Ajaran Wahabi bukanlah kefahaman para ulama salafussoleh. Berdasarkan undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan secara
jelas bahawa pengertian dalam bahagian 4 (1) ‘Ahlus Sunnah Wal Jamaah’ maknanya ialah mazhab Abu Al-Hassan Al-Ash’ari dan Abu Mansoor AlMaturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya.

“Justeru itu, maka ajaran Wahabi Salafi (Wahhabiyyah Mujassimah) yang dibawa oleh sesetengah pihak adalah jelas bercanggah dengan undang-undang perlembagaan tubuh jerajaan Kelantan yang mewartakan Asya’irah
dan Maturidiah sebagai akidah ASWJ yang sebenar,” kata kenyataan itu yang turut menyertakan bersama resolusi telah dicapai.

Dalam pada itu, resolusi ijtimak menekankan kepada Kewajipan memperkukuhkan akidah ASWJ mengikut apa yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Selain itu, resolusi itu juga mahu calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya akan datang bebas daripada fahaman wahabi, liberalisme, pluralisme dan lain-lain.

“Begitu juga kesemua calon-calon untuk pilihanraya yang akan datang dipastikan terdiri daripada individu yang tidak berpegang, mengamalkan atau menyebarkan fahaman dan amalan yang
bertentangan dengan fahaman dan huraian mazhab Asha’irah dan
Maturidiah.

“Perlu dihapuskan matapelajaran secara formal dan tidak formal (seperti usrah) yang mempunyai huraian akidah yang menyalahi prinsip mazhab Asha’irah Maturidiah seperti huraian akidah bertunjangkan pembahagian tauhid kepada tiga, rububiyyah, uluhiyyah dan al-Asma wa as-Sifat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, resolusi lengkap ijtimak itu telah dihantar ke pejabat Menteri Besar serta Istana Kelantan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here