LAWATAN rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turkiye disambut mesra Presiden Recep Tayyip Erdogan dan barisan Kabinetnya.
Perdana Menteri berkata, beliau berharap hubungan Malaysia-Turkiye terus berkembang dan memberi manfaat kedua-dua negara.

“Lawatan rasmi saya ke Turkiye disambut mesra dan penuh istiadat oleh Presiden Turkiye, TYT Recep Tayyip Erdoğan dan kabinet beliau di Kompleks Istana Presiden, Ankara.
“Semoga hubungan dua hala Malaysia dan Turkiye akan terus berkembang di masa hadapan dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya dalam hantaran Facebook.
Perdana Menteri mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan hari ini dalam rangka lawatan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye. – Malaysiapost

