Zahid tetap konsisten mesikpun diasak pihak pendakwa

0
1

Pak Ngah

Sepanjang pemeriksaan balas peringkat pembelaan bermula Isnin hingga hari ini (Rabu) boleh disimpulkan bahawa pihak pendakwaan masih terkial kial untuk meletakkan beban kesalahan di bahu Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mungkin ini sebabnya pihak pendakwaraya menggunakan segala kelebihan yang ada untuk enggan membekalkan rakaman percakapan beramaran kepada pihak pembelaan kerana bimbang mereka akan terpaksa menerima tekanan yang tidak mampu ditanggung mereka.

Dalam masa sama Hakim Datuk Collins Lawrence Sequerah tetap meneruskan pemeriksaan balas walaupun sedar pasukan Ahmad Zahid mempunyai hak yang luas dalam sistem perundangan negara untuk dibekalkan maklumat secukupnya mengikut peruntukan undang-undang.

Untuk rekod, pihak pembelaan telahpun mendapat tarikh di Mahkamah Rayuan bagi mendengar permohonan mereka untuk mendapatkan rakaman percakapan beramaran pada 7 Julai 2022 ini.

Secara ringkasnya boleh dikatakan:

  1. Pendakwaraya mati akal untuk sumbat kenyataan mereka ke dalam mulut Ahmad Zahid bagi membolehkan beliau bersetuju dengan apa sahaja cadangan mereka. Raja Razela Raja Toran (RR)terus mengasak dengan soalan mencadangkan namun gagal memesongkan Ahmad Zahid yang dilihat seperti “budak lurus” yang tegas berjiwa pendekar.
  2. Bermula dengan isu insurans kenderaan, Raja Rozela mencadangkan kesemua cek telah diisukan kepada Maya Consultancy, Tetapi diperbetulkan oleh Ahmad Zahid bahawa kesemua cek diisukan kepada Ahmad Izhan (saksi pendakwa sendiri) dan menunjukkan pihak Pendakwaan lalai mengenai fakta kesnya sendiri.
  3. Raja Rozela kemudian cuba menyelitkan soalan dengan cadangkan bahawa Ahmad Zahid telah memberikan arahan kepada Mejar Mazlina untuk bayar insurans-insurans tersebut namun dibantah Ahmad Zahid dengan menyatakan bahawa “arahan saya supaya di (Mazlina) guna cek peribadi saya,”. Ahmad beberapa kali menegaskan bahawa baki dibank peribadi mencukupi untuk membuat bayaran.
  4. Di keseluruhan prosiding Raja Rozela tunjukkan satu persatu penyata kredit kad perbelanjaan peribadi Ahmad Zahid di negara luar dan cuba tunjukkan kepada mahkamah bahawa Ahmad Zahid banyak berbelanja di luar negara. Dari P48 – P74 dirujuk satu persatu. Akhirnya soalannya sama iaitu cuba perangkap Ahmad Zahid untuk katakan dia arahkan Mazlina untuk bayar kepada kad kredit ini menggunakan dana yayasan. Sekali lagi Ahmad Zahid dengan tegas menjawab, tidak setuju dan dia tidak arahkan Mazlina untuk bayar kad kredit guna dana yayasan, tetapi Ahmad Zahid mengarahkan dia menggunakan cek peribadi.
  5. Berkali- kali Raja Rozela mencadangkan bahawa Ahmad Zahid mengarahkan Mazlina, Ahmad Zahid tidak bersetuju malah menambah keterangan bahawa baki akaun peribadinya cukup untuk membuat semua pembayaran kredit kad yang di pertuduhkan. Ahmad Zahid juga beberapa kali memperbetulkan kesalahan Raja Rozela yang soalannya tidak tepat berdasarkan penyata kad kredit yang dirujuk. Pembetulan berkali kali ini ini menunjukkan Ahmad Zahid amat peka dan amat teliti atas “CC statementnya”.
  6. Ahmad Zahid juga tegas bahawa Mazlina tidak pernah tunjukkan penyata kad kredit walaupun di minta beberapa kali.
  7. Ahmad Zahid tegas menyatakan bahawa kesemua pembayaran yang Mazlina buat adalah salah dan cuai walaupun RR cuba tunjukkan terdapat beberapa cek yang jumlah dan tarikhnya tepat. Ahmad Zahid dengan selamba menjawab walaupun tarikh dan jumlahnya tepat tetapi masih salah dan silap kerana cek cek tersebut telah menggunakan cop tanda tangan peribadi beliau selain ianya bukan cek peribadinya tetapi cek Yayasan Akal Budi.
  1. Kemudian tiba giliran, Timbalan Pendakwaraya, Harris Ong untuk menyoal balas di bahagian kesalahan AMLA, dengan cadangan cadangan bahawa Ahmad Zahid tahu bahawa hasil-hasil yang di masukkan ke dalam Lewis & Co adalah hasil daripada aktiviti haram, Ahmad Zahid tidak setuju dengan cadangan itu dan tegas menyatakan ia adalah dari sumber Yayasan Al Bukhary. Hal ini telah disahkan sendiri oleh saksi-saksi pendakwa sendiri yang menyatakan bahawa sumber kewangan sumbangan mereka adalah sumber yang sah dari sisi undang-undang.

Prosiding bersambung hari ini.

Penulis adalah pemerhati yang mengikuti secara langsung perbicaraan Ahmad Zahid.

Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak mencerminkan pendirian Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here