Suspek tikam ibu positif syabu

0
1

PENGANGGUR yang disyaki menikam leher ibunya sehingga mati di Kampung Paya Luboh, Melaka semalam, disahkan positif syabu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, keputusan ujian saringan air kencing itu diperoleh pihaknya awal pagi tadi.

“Pada jam 1.30 pagi tadi selepas selesai ujian saringan dilakukan, kita mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif amphetamine.

“Manakala pemeriksaan dijalankan di kediaman yang juga lokasi kejadian tidak menemui sebarang barang terlarang itu,” katanya seperti Harian Metro.

Zainol berkata, proses bedah sedang dijalankan dan dijangka selesai petang ini.

Terdahulu, suspek yang turut mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Melaka direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Semalam, media melaporkan suspek mendengar bisikan suara mengatakan ibunya menyembah berhala didakwa menjadi penyebab lelaki itu menikam leher ibu kandungnya hingga maut di kediaman mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here