Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Subramaniam

0
1

YANG di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam yang meninggal dunia semalam

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang.

“Seri Paduka Baginda juga menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada masyarakat dan negara dan serta menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar kepada MIC dan negara,” menurut hantaran itu.

Subramaniam semasa hayatnya pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Damansara dari tahun 1974 hingga 1982 dan Ahli Parlimen Segamat selama empat penggal dengan penggal terakhirnya adalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Mendiang juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam arena politik, mendiang mula menjadi ahli MIC pada tahun 1962 dan pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Timbalan Presiden. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here