Banjir Baling: ATM bina jambatan Bailey

0
1

PEMBINAAN Jambatan Bailey akan dilaksanakan segera bagi menghubungkan kembali Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling yang roboh akibat banjir, kelmarin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pembinaan jambatan itu atas cadangan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya, Mahdzir menghubungi beliau semalam bagi memohon bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membina Jambatan Bailey itu.

Justeru, beliau memaklumkan, pihaknya telah melakukan tinjauan udara dan menunjukkan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi roboh akibat banjir.

“Berikutan itu, saya telah arahkan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) segera ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin. Anggota RAJD dah turun pagi tadi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Isnin lalu, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah Baling, selepas berlaku limpahan air sungai di kawasan berdekatan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here