Umno ucap takziah kepada keluarga Subramaniam 

0
1

UMNO mengucapkan takziah kepada ahli keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S Subramaniam. 

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mendiang adalah insan yang banyak berbakti kepada rakyat dan negara. 

“Pemergiannya merupakan suatu yang amat menyedihkan bukan sahaja kepada ahli keluarganya, bahkan setiap anggota masyarakat yang pernah menerima jasa dan budi mendiang sesama hayatnya. 

“Saya berharap agar ahli keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan itu. 

“Sumbangan besar mendiang untuk kemakmuran dan kesejahteraan negara akan sentiasa dalam ingatan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Mendiang Subramaniam dilaporkan meninggal dunia petang semalam. 

Perkara itu disahkan Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here