Kes baharu Covid-19 melonjak hampiri 3,000 

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

SEBANYAK 2,933 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam berbanding 1,918 kes kelmarin. 

Kenaikan kes itu menjadikan jumlah terkumpul jangkitan Covid-19 di Malaysia terus bertambah kepada 4,540,965.  

Berdasarkan maklumat di laman COVIDNOW, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiga lagi kes kematian semalam, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 mencecah 35,787 orang.  

Kes yang dirujuk di hospital turut bertambah kepada 1,238 semalam berbanding 1,172 sehari sebelumnya. 

Daripada jumlah itu 42 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 25 memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Setakat semalam, kes aktif bertambah kepada 30,019 berbanding 29,382 kelmarin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here