Tindakan ROS lambat lulus pindaan perlembagaan Umno terus dipersoal

0
1

TINDAKAN Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih belum meluluskan permohonan Umno meminda perlembagaan bagi menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang terus dipertikaikan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, sekali lagi mempersoalkan proses dilaksanakan ROS yang dikatakan berbeza ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Pada 17 Mei 2018, iaitu seminggu selepas PH berkuasa, ROS meluluskan pendaftaran Bersatu yang sebelum itu digantung sementara.

“Penggantungan dibuat kerana Bersatu gagal kemuka minit mesyuarat Cawangan, Bahagian dan laporan penyata kewangan.

“Pelik, bagaimana Bersatu boleh mengadakan Perhimpunan Agung sedangkan Cawangan dan Bahagian tidak bersidang?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengaku partinya tidak dapat memenuhi dua perkara dituntut ROS, iaitu laporan mesyuarat Cawangan dan Bahagian parti.

“ROS lulus pendaftaran Bersatu dalam tempoh seminggu semasa PH berkuasa. Permohonan Umno untuk pinda perlembagaan parti pula masih belum lulus kerana menterinya dari Bersatu?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here