LELAKI yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam, direman tujuh hari sehingga Isnin ini.
Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkahmah, Nur Izzaty Muhammad Zahari selepas permohonan dikemuka polis pagi ini, lapor Berita Harian.
Suspek berusia 25 tahun itu yang memakai baju lokap bewarna oren tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi dengan dikawal polis.
Sementara itu, jenazah isteri dan bayi lelaki suspek dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, sebelum tengah hari ini.
Semalam, suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal ditahan selepas videonya tular di media sosial menunggang motosikal di lorong tengah lebuh raya tanpa memakai topi keledar serta keadaan berbogel.
Lelaki terbabit disyaki membunuh isterinya, 26 tahun dan anak lelakinya, berusia tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu. – Malaysiapost
Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

