PM doakan Agong segera sembuh

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini gering di bahagian kaki dikurniakan kesembuhan segera.

Perdana Menteri berkata, beliau dan seluruh Keluarga Malaysia juga mendoakan Al-Sultan Abdullah dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.

“Patik dan seluruh Keluarga Malaysia sekalian mendoakan semoga Seri Paduka Baginda yang kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dikurniakan kesembuhan segera.

“Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan untuk terus menaungi Negara,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki.

Bagaimanapun kesihatan Al-Sultan Abdullah secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here