KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu direkodkan akibat Covid-19, semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,735 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 2,092 semalam, berbanding 1,690 kelmarin.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,505,507 kes.
Pada masa sama, sebanyak 25,952 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Selain itu, seramai 24,929 individu atau 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 15 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 985 kes pula dirawat di hospital dan 23 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 18 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

