Ebit bantu ibu, anak kecil ‘berumah’ di tepi jalan

0
1

SIMPATI dengan nasib seorang wanita yang terpaksa ‘berumah’ di tepi jalan bersama anak kecil, pendakwah bebas, Ebit Lew tampil menghulurkan bantuan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ebit berkata, beliau beberapa kali melihat kedua-dua beranak ini dan bersyukur kerana dapat mencari dan berjumpa mereka di tempat yang sama.

Menurut Ebit, wanita itu mengambil upah membersihkan rumah orang, serta pernah menyewa bilik tetapi terpaksa keluar kerana tidak mampu memandangkan pendapatan yang tidak menentu.

“Menangis terjumpa seorang ibu dan anaknya tinggal di jalanan. Beberapa kali saya terjumpa kakak ini tidur di sini bersama anaknya.

“Kakak ni sekarang kerja ‘oncall’ bila orang panggil bersihkan rumah. Pernah mampu sewa bilik beberapa bulan sahaja. Syukur hari ni masa pusing KL tadi dapat jumpa di sini,” tulisnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya membantu wanita terbabit dengan menyewakan sebuah bilik termasuk pakaian dan mainan untuk anaknya.

“Kami hadiahkan bilik untuknya. Bawa ‘shopping’ beli baju dan mainan. Anaknya aktif sangat. Suka dapat hadiah.

“Masa dapat masuk bilik tempat tinggal menangis kakak ni. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ustaz bagi bilik. Belikan baju dan belikan mainan. Semuanya dari Allah. Allah sayang kakak dan anak ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here