Peguam Johnny Depp, Camille Vasques kini jadi rebutan firma guaman

0
1

REPUTASI Camille Vasquez sebagai peguam memuncak susulan memenangi kes saman fitnah pelakon Johnny Depp terhadap bekas isterinya Amber Heard, menjadikan peguam kini menjadi perhatian firma guaman di Hollywood.

Menurut New York Post, Camille kini dalam dilema dan sedang membuat percaturan terbaik untuk kekal bersama firma guamannya yang mahukan dia terus berada dalam pasukan mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam perbicaraan kes bintang filem Pirates of the Caribbean itu.

Peguam yang berusia 37 tahun itu mencuri perhatian dunia apabila dilihat sebagai peguam yang tegas, menjadi bintang dalam perbicaraan fitnah, bertengkar dengan Amber semasa soal balas yang sengit dan kadang-kala kejam serta kini menjadi kesayangan dalam kalangan peminat Depp.

New York Post turut memberitahu pintu Hollywood sudah terbuka untuk Camille, hanya dia yang perlu memilih.

“Ejen-ejen bakat mengelilingi Camille kerana mereka menyedari bahawa dia adalah unicorn – seorang peguam yang bijak, cerdik, tenang yang prestasinya memberi kesan semasa perbicaraan mendorongnya ke tahap situasi yang jarang berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here