‘Dengan izin Allah saya makin sihat’ – Jasmin Hamid

0
1

PELAKON Jasmin Hamid memanjatkan rasa syukur selepas dibenarkan pulang selepas hampir seminggu dirawat di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan akibat serangan jantung.

Jasmin, 48, memuat naik perkembangan terbaharunya menerusi hantaran Instagram, semalam.

“Allah maha baik…. Syukur alhamdulillah. Suami dan anak-anak jemput saya balik rumah.

“Dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mentua, famili, sanak-saudara, kenalan dan kalian semua, saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital petang ini (semalam).

“Tiada kata selain terima kasih banyak-banyak para doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawat saya hingga kembali sihat,” katanya dalam hantaran itu.

Pelakon siri 7 Hari Mencintaimu itu juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih juga buat sanak-saudara, sahabat handai yang sempat ziarah saya di hospital.

“Terima kasih juga pada semua yang sayang saya sebab tak henti-henti bertanyakan khabar saya dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih,” ujarnya.

Sebelum ini, suaminya, Nazmir Abd Rahim memuat naik status di Instagram milik pelakon itu memberitahu isterinya dikejarkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung.

Menerusi hantaran berkenaan, Nazmir memohon orang ramai dan peminat pelakon itu sama-sama mendoakan agar kesihatan Jasmin kembali pulih. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here