Pintu bank terkunci sendiri, lelaki terperangkap 15 minit

0
1

SEORANG lelaki terperangkap kira-kira 15 minit di dalam premis mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Cheng, banda raya Melaka yang terkunci secara automatik, tengah malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam, lelaki berusia 51 tahun itu sedang berurusan di mesin ATM bank terbabit, lapor portal Melaka Hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Susulan itu katanya, empat pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng dikejarkan ke lokasi bersama anggota polis.

“Sebaik tiba, mangsa lelaki masih terperangkap di bahagian ATM bank sebelum meminta mangsa membuka pintu dengan memecahkan kotak kaca butang kecemasan pintu untuk membuka pintu berkenaan.

“Mangsa berjaya keluar dengan sendiri tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.06 pagi,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here