Percuma ujian pengesanan Covid-19 jemaah haji Malaysia 

0
1
Kit ujian kendiri Covid-19 dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea dijual di sebuah farmasi Selayang ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengumumkan pengecualian bayaran ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) kepada jemaah haji bagi musim haji tahun ini.  

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata KKM bersetuju ujian pengesanan Covid-19 bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti KKM dikecualikan bayaran dan dilaksanakan secara percuma.  

“Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah mengikut caj dikenakan fasiliti swasta yang dipilih.  

“Jemaah haji boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini, termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR) ini,” katanya.  

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menetapkan semua jemaah haji perlu disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian pengesanan RT-CPR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di tanah suci. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here