77 pegawai dan anggota Polis Pulau Pinang jalani siasatan tatatertib

0
2

SEPANJANG Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 77 kertas siasatan tatatertib (KST) telah dibuka membabitkan siasatan terhadap pegawai dan anggota Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sisatan itu dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Pulau Pinang.

Menurutnya, jenis kesalahan dengan jumlah KST tertinggi adalah salah laku iaitu sebanyak 48 kes membabitkan enam pegawai dan 69 anggota.

“Diikuti dengan kesalahan jenayah sebanyak 12 KST membabitkan seorang pegawai dan 31 anggota. Seterusnya adalah kesalahan dadah iaitu sebanyak 11 KST membabitkan 11 anggota.

“Terendah adalah kesalahan tidak hadir tugas iaitu sebanyak enam KST membabitkan dua pegawai dan empat anggota,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, JIPS Pulau Pinang sentiasa menjalankan siasatan tatatertib yang telus dan adil dalam memastikan tindakan yang sewajarnya ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dalam kesalahan-kesalahan jenayah tersebut.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku yang bertentangan dengan undang-undang dan prosedur operasi standard,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here