AMD hantar 3 pemain ke Eropah

0
1

AKADEMI Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) menghantar tiga pemainnya ke Perancis dan Luxembourg bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab di negara tersebut.

Ketiga-tiga pemain berlepas ke Perancis melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pagi tadi.

Menurut AMD menerusi hantaran di Facebooknya, Ketiga-tiganya antara pemain terbaik AMD Generasi 2005 iaitu Mohammad Haykal Danish, Rohisham Haikal dan Muhammad Abu Khalil.

Mohammad Haykal dan Rohisham Haikal pernah bermain bersama Paris Saint-Germain (PSG) Bawah 13 tahun (B-13) dalam Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Rome, Itali pada 2018.

Muhammad pula merupakan pemain utama AMD yang kini berada di tangga pertama saingan Piala Presiden 2022.

“Pemergian mereka ke Perancis diiringi Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalalene serta Jurulatih Bawah 17 Tahun AMD, Amarul Naza Mohamad.

“Mereka dijangka menjalani latihan percubaan bersama Kelab FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg bermula 2 sehingga 19 Jun 2022,” menurut hantaran itu.

Tambah AMD, penghantaran pemain terbaik AMD bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab-kelab terkemuka luar negara merupakan inisiatif Sekretariat NFDP bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurutnya, ia bagi meningkatkan kebolehpasaran pemain selepas tamat pengajian di AMD.

“Program ini telah tertangguh hampir dua tahun akibat pendemik Covid-19 dan akan diteruskan untuk semua generasi di AMD.

“Bersama kita mendoakan agar ketiga-tiga mereka terpilih untuk bersama kelab-kelab tersebut serta dipermudahkan segala urusan di sana,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here