Orang muda mahu kerja dengan gaji bermaruah – Syed Saddiq

0
1

RAMAI kalangan anak muda sekarang risau dengan apa yang berlaku dalam negara pada hari ini, kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Kebimbangan itu diluahkan mereka kepada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dalam satu program di Melaka, minggu lalu.

“Mereka mahu – apabila melangkah ke alam pekerjaan, mereka akan mendapat kerja dengan gaji bermaruah.

“Ada yang hendak berkahwin – mereka risau dengan harga rumah dan kos untuk mendirikan rumah tangga sekarang. Yang ada anak, risau dengan kualiti pendidikan sekarang.

“Sebab itu walaupun saya turun hari Jumaat, mereka sanggup datang, ada yang ambil cuti sebelah petang hanya untuk saya bawa isu-isu ini ke orang atas,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Syed Saddiq, semua isu itu didengar bukan sahaja di Melaka, malah di kebanyakan tempat seluruh negara.

“Saya belum lagi sentuh hal harga ayam, harga makan minum, harga nak survive sampai hujung bulan.

“Saya ucap terima kasih kepada MUDA Melaka kerana anjurkan program begini. MUDA nak jumpa seramai boleh rakyat Malaysia – nak dengar dan angkat suara rakyat Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here