PENERBIT dan pengarah Fauziah Ahmad Daud turut berduka dengan pemergian pelakon veteran Aripah Damanhuri yang disifatkan seorang seniwati yang sangat dihormatinya.
“Seniwati Aripah Damanhuri telah pulang kepada Ya Khaliq. Seniwati yang saya hormati,” tulisnya di hantaran Instagram.
Fauziah atau Ogy dalam hantaran itu mengucapkan takziah kepada keluarga pelakon itu yang juga kakak kepada seniwati Normah Damanhuri.
“Ya Allah ampunilah dia. Belas kasihanilah dia. Hapuskanlah dan ampunilah segala dosa-dosanya. Tempatkan dia bersama para-para syuhada..Aamiin Allahumma Aamiin.
“Takziah buat seisi keluarga Allahyarhamah Aripah Damanhuri,” katanya.
Aripah, 73, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 8.15 pagi tadi akibat kegagalan fungsi organ dalam badan selepas lebih sebulan dirawat di hospital sejak 23 April lalu.
Allahyarham aktif berlakon sejak 1980-an dan antara filem lakonannya ialah Senario XXX selain drama Gerak Khas dan Air Mata Maria. – Malaysiapost

