Binaan ‘haram’ rumah flat terima padah

0
2

TINDAKAN pemilik mengubah suai sebuah unit kediaman flat mengundang padah apabila binaan tembok tambahan terpaksa dirobohkan kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan pemilik kediaman di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 di Ampang membuat binaan yang tidak dibenarkan mengikut Akta 133 dan Akta 757.

Susulan laporan diterima, MPAJ terpaksa merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik, tapi dikongsi secara bersama.

“Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja.

“Isu keselamatan penduduk sekitar juga perlu diambil kira sekiranya tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab jika berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya,” menurut MPAJ menerusi kenyataan.

Menurut MPAJ, proses merobohkan binaan tambahan haram tanpa kebenaran itu dilaksanakan pada 25 Mei lalu, melibatkan unit Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguatkuasa.

“Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat,” ujarnya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang penambahan struktur di luar petak pemilik kerana tindakan itu menjadi kesalahan.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPAJ di talian 03-4285 7110, kata MPAJ. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here