Onn Hafiz selesaikan isu fasiliti teruk di HSA

0
2

DALAM tempoh tiga hari sahaja isu fasiliti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang berada dalam keadaan teruk membabitkan jalan raya dan landskap berjaya ditangani Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Onn Hafiz memaklumkan, kerja-kerja baik pulih jalan sepanjang 120 meter di hadapan poliklinik di hospital berkenaan sudah bermula dan akan diteruskan hari ini.

kerja-kerja baik pulih jalan sepanjang 120 meter di hadapan poliklinik di hospital berkenaan sudah bermula dan akan diteruskan hari ini.

“Hasil lawatan saya pagi ini ke HSA Johor Bahru saya dapati bahawa kerja-kerja baik pulih jalan sepanjang 120 meter di hadapan poliklinik di hospital itu sudah bermula dan akan diteruskan hari ini.

“Pada masa sama, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih bekalan elektrik, sistem elektrik dan mekanikal di HSA.

“Terima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan), YB Ah Soon (Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon), pihak kementerian dan semua pihak yang berusaha untuk membantu rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu pada Ahad lalu, beliau membuat lawatan mengejut ke HSA yang merupakan salah sebuah hospital awam utama di Johor dan antara hospital awam yang tersibuk di Malaysia.

Dalam lawatannya itu, beliau melihat sendiri keadaan fasiliti, jalan raya dan landskap di sekitar HSA dan telah secara peribadi menghubungi Khairy tentang situasi itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here