Krisis bekalan: Bos MYDIN usaha ‘order’ ayam di Thailand, mohon doa dipermudahkan  

0
1

PENGARAH Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Ameer Ali Mydin mengesahkan sudah menempah bekalan ayam di Thailand, sebagai langkah mengatasi krisis bekalan yang membelenggu rakyat ketika ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, Ameer Ali berkata, namun permintaan ayam di Thailand terlalu tinggi dan pembekal negara itu hanya akan menghantar stok sekiranya bekalan cukup.

“Saya juga dah order bekalan ayam di sini (Thailand). Permintaan ayam terlalu tinggi, mereka akan hantar bila ada stok.

“Mohon doa seluruh rakyat Malaysia supaya semua dipermudahkan,” ciapnya.

Baru-baru ini,  Ameer Ali bertindak ‘turun’ ke Don Mueang, Thailand untuk mencari pembekal di negara itu yang didakwa menawarkan harga lebih murah.

Menerusi ciapan di Twitternya, Ameer memaklumkan tindakan itu dilakukan untuk memastikan bekalan ayam di MYDIN mencukupi selain mampu menawarkan harga diskaun kepada pelanggannya.

Pada masa ini, isu kekurangan ayam segar di pasaran masih lagi membelenggu rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan pengguna.

Media melaporkan, kekurangan bekalan ayam segar menyebabkan kebanyakan peniaga ayam di beberapa negeri kehabisan stok dan terpaksa menutup awal perniagaan mereka.

Di beberapa negeri, peniaga terpaksa mencatu jumlah ayam untuk dijual kepada pelanggan disebabkan masalah sama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here