Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi

0
1

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya, Datin Seri Feona Sim @ Norjanah, semalam.

Baginda berdua menzahirkan ucapan tersebut menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut hantaran itu hari ini.

Allahyarham yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di Borneo Medical Centre, Kuching, Sarawak.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), pada 9 September 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here