Jawatan Zuraida bukan hak, kuota Bersatu – Armand

0
1

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengingatkan Bersatu bahawa lantikan menteri Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri bukan hak parti itu.

Armand turut mengingatkan parti itu bahawa suatu ketika dulu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin bergelar Perdana Menteri, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pernah menyatakan pelantikan anggota Kabinet adalah hak Perdana Menteri.

Justeru, beliau menekankan pelantikan bagi sebarang jawatan susulan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu, bukan hak atau kuota parti tersebut.

“Hak lantikan Timbalan Perdana Menteri, menteri atau timbalan menteri adalah hak Perdana Menteri – ini kenyataan Ketua Armada, Ketua Penerangan dan kepimpinan Bersatu dahulu masa Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

“Jadi sekarang saya nak guna pakai balik kenyataan kamu… sila akur, hak lantikan Timbalan Perdana Menteri, menteri Atau timbalan menteri adalah hak Perdana Menteri,” katanya.

Semalam Zuraida mengumumkan keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta akan melepaskan jawatan sebagai menteri.

Susulan itu Muhyiddin berkata parti itu akan mengemukakan calon bagi menggantikan tempat Zuraida.

Ini kerana katanya, kedudukan Zuraida sebagai menteri adalah atas kuota Bersatu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here