Arah kiblat tepat boleh disemak petang esok

0
1

UMAT Islam di negara ini boleh membuat semakan arah kiblat dengan hanya melihat bayang-bayang tegak sinaran matahari pada pukul 5.18 petang pada 28 Mei (Sabtu).

Semakan tersebut boleh dibuat susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam atau kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi pada waktu berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan Planetarium Negara, menerusi hantaran di laman Facebook.

“Pada Sabtu, 28 Mei 2022 tepat jam 5.18 petang, matahari akan berada tepat di atas mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

“Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan bumi akan menghala ke arah Kaabah.

“Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semula jadi,” menurut hantaran itu.

Orang ramai yang beragama Islam boleh membuat semakan arah dengan menegakkan objek yang lurus di kawasan lapang ada menerima cahaya matahari dan kemudian perhatikan pula bayangnya.

Garisan daripada bayang matahari tersebut, akan menunjukkan ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditandakan sebagai panduan rujukan khususnya untuk tujuan ibadah solat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here