Jangan tangan kanan pegang, tangan kiri tumbuk, Zambry ingatkan Hadi

0
2

BARISAN Nasional (BN) menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan terus mengekalkan hubungan baik dengan Selangor, serta negeri-negeri lain.

Bagaimanapun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan agar hubungan tersebut mestilah ikhlas, bertolak ansur serta hormat-menghormati.

“Ada kenyataan presiden sebuah parti nak kekalkan hubungan dengan Umno di semua negeri. Baguslah.

“Tapi janganlah tangan kanan pegang, tangan kiri tumbuk. Depan lain, belakang lain.

“Semuanya perlukan keikhlasan, setia, tolak ansur dan hormati kawan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Semalam Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS akan mengusahakan kerjasama bagi menggelakkan pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

PAS juga, kata Ahli Parlimen Marang itu akan terus berusaha mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, media melaporkan Umno dan PAS Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di negeri itu pada PRU15 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pembahagian kerusi telah dibincang secara dasar oleh kedua-dua parti itu di peringkat negeri sebelum tertubuhnya PN lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here