KL banjir kilat, petugas DBKL, APM pantas bersihkan saliran

0
2

TINDAKAN pantas petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membersih saliran air susulan banjir kilat, berjaya memastikan air surut dengan cepat.

Pada masa sama, petugas terbabit telah memastikan pam air terus dioperasikan sehingga berjaya menurunkan paras air dengan pantas di banyak kawasan.

Perkara itu dikongsi Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu kementerian itu memaklumkan Kuala Lumpur mengalami hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.

Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Kuching, Jalan Segambut dan Jalan Khidmat Usaha.

“Terima kasih kepada petugas-petugas DBKL yang telah bersedia dan sudah berada di beberapa kawasan bagi memastikan kelancaran pengaliran air dan membantu pengaliran trafik,” kata hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here