4 lokasi di ibu kota dinaiki air 

0
2

EMPAT lokasi di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata tiga daripada empat lokasi itu adalah di hadapan Bank Rakyat, Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Periuk dan Jalan Ampang yang dinaiki air setinggi 0.4 meter. 

“Di Lorong Raja Mahadi, Kampung Baru, air dilaporkan naik sehingga paras lutut. 

“Sehingga jam 1.30 tengah hari, air di semua kawasan yang mengalami banjir telah surut selepas hujan mula reda,” katanya menurut laporan Sinar Harian. 

Noor Dellhan berkata, terdapat lapan lokasi hotspot yang sering berlaku banjir diberi perhatian serius sebaik hujan lebat melanda ibu kota. 

“Lapan lokasi itu adalah Jalan Rahmat, Jalan Sultan Azlan Shah; Bulatan Dato Onn, Jalan Kuching; Dataran Merdeka, Jalan Raja; Jalan Ampang; Jalan Brunei, Jalan Pudu; Jalan Changkat Thambi Dollah; Jalan Maharajalela, Bulatan Merdeka dan Kampung Periuk,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here