12 diberkas terlibat sindiket judi ‘online’

0
1

SERAMAI 12 individu termasuk warga Indonesia antara ditahan dalam serbuan berasingan di beberapa buah kediaman yang dijadikan pusat operasi judi dalam talian di Jalan Rock, Kuching, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komissioner Ashmon Bajah berkata, serbuan kira-kira jam 7 petang itu berjaya menahan lima lelaki dan empat wanita berumur antara 13 tahun hingga 25 tahun.

“Selain itu, serbuan turut merampas pelbagai peralatan antaranya satu unit komputer, tiga komputer riba, modem dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini 

Ashmon menjelaskan, siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai menjalankan kegiatan sejak Disember tahun lalu.

“Jumlah keuntungan kasar yang diperoleh dalam sehari sebanyak RM2,000 manakala purata pendapatan dalam tempoh enam bulan terakhir adalah sebanyak RM360,000.

“Siasatan dijalankan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 159/63,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here