Banjir: Pelajar Giat Mara cedera kena renjatan elektrik.

0
1

SEORANG pelajar Institut Giat Mara, Sekinchan, Selangor tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik setelah kawasan institut berkenaan dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Bagaimanapun, pelajar lelaki berusia 19 tahun itu bernasib baik apabila pulih dan dilaporkan hanya cedera akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang, hari ini. 

Difahamkan semasa kejadian, mangsa memegang sebuah corong peniup di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru pada jam 2.08 petang.

“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dan Sungai Besar dikerah dalam operasi berkenaan. 

“Mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut. Kami telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan meminta pihak pengurusan premis menutup semua bekalan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Norazam menjelaskan, tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan dan keadaan kembali terkawal.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.45 petang tadi,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here