‘Pasukan hebat seperti Kedah tak perlukan orang macam ni’ – TMJ

0
1

PERANG mulut di media sosial antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus hangat dan menarik perhatian peminat bolasepak tanahair. 

Terbaharu, TMJ yang merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil melontarkan kritikan terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor di Instagram. 

“Sampai dua lagenda pasukan sendiri pun angkat kaki tak tahan dengan perangai halusinasi. Pasukan hebat seperti Kedah tak perlukan orang macam ni.

“Satu sumbangan terhadap bola sepak tanah air pun tiada. Tapi dia punya sembang,” kata TMJ.

Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, namun kenyataan TMJ di Instagram Story itu dapat diteka dan ditujukan kepada siapa. 

Terdahulu, TMJ meminta Muhammad Sanusi untuk memberikan nama ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah itu sebelum ini.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dulu, lepas itu dia round pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah, saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi saya cerita semua,” kata Sanusi. 

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician,” kata TMJ. 

Minggu lepas, Muhammad Sanusi mengeluarkan kenyataan beliau tidak mahu sebarang ‘tokong’ dalam mengawal saingan liga bola sepak tanah air kerana bola sepak adalah untuk semua pihak.

“Bola sepak ini bukan untuk individu dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu. Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here