Malaysia henti eksport ayam segar, Singapura cari sumber lain 

0
1

AGENSI Makanan Singapura (SFA) akan meningkatkan import ayam beku dari pembekal bukan Malaysia atau mendapatkan dari stok negara itu.

SFA memaklumkan, pengimport akan meningkatkan bekalan import ayam segar yang disejukkan (chilled) dari sumber alternatif, lapor Berita Harian Singapura.

“Hampir kesemua ayam yang diimport dari Malaysia masih hidup dan kemudian disembelih dan disejukkan di Singapura.

“Singapura mengimport sekitar 34 peratus atau hampir 73,000 tan bekalan ayam dari Malaysia pada tahun lalu,” menurut perangkaan SFA.

SFA berkata, ayam merupakan daging paling banyak dimakan di Singapura, dengan pemakanan setiap kapita mencecah 36 kilogram pada 2020.

 “Meskipun terdapat gangguan sementara kepada bekalan ayam yang disejukkan, ayam beku adalah pilihan bagi mengimbangi kekurangan itu,” katanya.

Agensi itu menggalak pengguna memainkan peranan mengubah pilihan mereka seperti memakan ayam beku dari ayam segar atau sumber produk daging lain.

“Mereka juga digalak membeli apa yang mereka perlukan sahaja,” katanya.

Terdahulu, Malaysia mengumumkan akan menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam selama sebulan mulai Jun dan memansuhkan keperluan permit yang diluluskan untuk mengimport ayam serta gandum sehingga pengeluaran dan harga menjadi stabil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here