Cacar monyet mudah jangkiti golongan sonsang

0
2

JANGKITAN cacar monyet dilaporkan boleh berjangkit melalui akibat aktiviti seks di luar tabii dan lebih membimbangkan jangkitannya disifatkan sama bahaya seperti varian Covid-19.

Sehingga kini tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan itu dan kebanyakan kes penyakit berkenaan di United Kingdom (UK) membabitkan lelaki gay atau biseksual.

Ia termasuk lapan lelaki Sepanyol yang disyaki menghidap jangkitan itu, lapor Daily Mail.

UK merekodkan sebanyak tujuh kes cacar monyet setakat ini, namun kebanyakkannya tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pegawai kesihatan Portugal pula memaklumkan, lima lelaki disahkan positif dan puluhan lagi dianggap sudah dijangkiti cacar itu.

Sepanyol buat pertama kali mengesan kes jangkitan cacar monyet di negara itu, manakala Amerika Syarikat (AS) pula memantau enam individu yang berada dalam pesawat sama yang dijangkiti.

Setakat ini jangkitan cacar monyet hanya dikesan di empat negara di luar afrika iaitu UK, AS, Israel dan Singapura, yang semuanya mempunyai kaitan dengan Ghana dan Nigeria. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here