Elon Musk dituduh tayang kemaluan kepada pramugari

0
2

BILIONAIR Amerika Syarikat, Elon Musk didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pramugari SpaceX semasa menaiki jet peribadi ke London pada 2016.

SpaceX didakwa membayar AS$250,000 (RM1.1 juta) pada 2018 untuk menyelesaikan kes tersebut selepas pramugari itu membuat aduan kepada Jabatan Sumber Manusia, lapor Business Insider.

Difahamkan, wanita itu menandatangani perjanjian untuk tidak mendakwa atau mendedahkan maklumat tentang Musk atau perniagaannya.

Rakan pramugari itu mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla didakwa menayangkan kemaluannya semasa diurut wanita itu pada 2016.

Musk menawarkan kepada wanita itu untuk membeli seekor kuda ‘jika dia dapat lakukan lebih banyak lagi’.

“Dia menyentuh paha kawan saya dan cuba merasuah untuk melakukan serangan seksual.

“Namun, kawan saya menolak ajakan tersebut dan menyebabkan waktu bekerjanya dikurangkan sebagai bentuk hukuman,” katanya.

Susulan kontroversi tersebut, Musk tampil menjawab dakwaan itu yang disifatkan sebagai ‘bermotif politik’.

“Sekiranya saya cenderung untuk terlibat dengan gangguan seksual, ini tidak mungkin adalah kejadian kali pertama sepanjang kerjaya saya selama 30 tahun.

Musk melalui ciapan akaun Twitter miliknya mengecam tindakan itu dan meminta wanita itu membuktikan perkara itu.

“Saya mencabar penipu ini yang mendakwa melihat saya dalam keadaan ‘terdedah’ beritahu salah satu atau apa sahaja yang mereka nampak (kesan kecederaan atau tatu) yang tidak diketahui oleh orang awam. Saya tahu dia tidak dapat melakukannya kerana ia tidak pernah berlaku,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here