Banjir, tanah runtuh di Janda Baik

0
2

BENCANA banjir dan tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan Janda Baik, Pahang sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air serta Jalan Lama Kuala Lumpur – Genting Sempah rosak teruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman, berkata beliau menerima maklumat mengenai bencana berkenaan kira-kira jam 5.30 pagi tadi dan kini berada di lokasi bagi meninjau keadaan.

“Awal pagi tadi saya telah mendapat panggilan yang memaklumkan Janda Baik dinaiki air.

“Saya kini berada di Janda Baik bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama orang kampung di Kampung Sum Sum Hulu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau juga telah singgah melihat keadaan Jalan Lama Kuala Lumpur – Genting Sempah yang rosak teruk akibat tanah dan batu-batu runtuh.

“Sebahagian jalan juga telah runtuh. Saya ingin menasihati kepada mereka yang ingin menaiki ke Janda Baik agar menangguhkan semula perjalanan kerana keadaan masih lagi berlumpur dan dipenuhi batu-batu besar,” katanya.

Sementara itu, beberapa video memaparkan keadaan banjir di Janda Baik turut tular di media sosial sejak pagi tadi termasuk keadaan di Resort Teratak Malaya yang dinaiki air keseluruhan kawasannya.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 43 saat itu, individu yang merakamnya memaklumkan keadaan banjir berkenaan dirakam pada jam 7.05 pagi tadi.

Menurut individu berkenaan, semua kawasan resort terbabit dinaiki air termasuk kawasan parkir dan juga jambatan turut ditenggelami air. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here