PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Umno terus menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang senantiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno, berharap partinya terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.
“Hari ini, genap 76 tahun Umno menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang senantiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.
“Semoga Umno terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.
“Kepada seluruh ahli Umno, bersama-sama kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini sempena Ulangtahun Umno ke-76. – Malaysiapost

